Waspada Group Telegram Pelaburan Palsu Yang Menggunakan Nama & Logo MIDA

TULAR:
510

Menurut kenyataan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA):

MIDA menyedari akan kewujudan pelbagai ‘group’ komunikasi palsu melalui aplikasi Telegram yang menggunakan nama, logo dan juga imej pegawai-pegawai MIDA.

MIDA ingin menegaskan bahawa, MIDA tidak mempunyai sebarang akaun Telegram dan sama sekali tidak mempunyai sebarang kaitan dengan skim-skim pelaburan yang diuar-uarkan.

MIDA juga ingin menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak menyertai mana-mana group Telegram yang menggunakan nama, logo dan imej MIDA.

Jika anda telah menerima mesej sedemikian yang mendakwa daripada MIDA, sila terus hubungi MIDA melalui saluran yang betul. Anda boleh menghubungi di talian +603-2267 3633 / +603-2267 3730 atau e-mel kepada [email protected] untuk membuat laporan.

SUMBER:

Facebook Rasmi MIDA


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI