Waspada Kegiatan Judi Haram Sempena PRU-14

TULAR:
597

WASPADA:

Orang ramai adalah dinasihatkan supaya tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti perjudian haram seperti pertaruhan keputusan pengundian sempena Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) ini.

Gambar hiasan. Sumber gambar: Jedden Hansen.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, aktiviti pertaruhan ini bukan sahaja tertumpu kepada keputusan pengundian, malah membabitkan berkenaan siapa yang akan dijadikan calon pilihan raya.

“Mungkin ramai yang mengetahui bahawa terdapat aktiviti sindiket perjudian yang mengambil kesempatan atas keputusan pilihan raya. Kita nasihatkan supaya rakyat hindarkan diri daripada terlibat dalam aktiviti tidak sihat ini dan melaksanakan tanggungjawab mengundi lima tahun sekali dengan adil dan saksama.”

Menurutnya lagi, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menjalankan operasi Ops Dadu Khas sejak lima bulan lalu bagi membanteras aktiviti perjudian bukan sahaja perjudian atas talian tapi juga perjudian awam, selain menjalinkan kerjasama di antara PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mengesan dan menyekat laman sesawang web yang digunakan untuk aktiviti pertaruhan mengenai keputusan PRU14.

SUMBER:

Sinar Harian 

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI