Waspada Penipuan Kutipan Sumbangan/ Derma Berkaitan COVID-19 Di Pulau Pinang Melalui Media Sosial

TULAR:
1295

Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) ingin menegaskan bahawa Jabatan ini atau pihak Hospital tidak pernah melantik atau mewakilkan sesiapa atau mana-mana pihak bagi tujuan mengutip sumbangan atau derma untuk keperluan frontliners, petugas-petugas hospital, pesakit-pesakit serta keluarga pesakit COVID-19 daripada orang awam.

Mana-mana pihak perbadanan, agensi, persatuan, orang perseorangan yang didapati mengutip sumbangan atau derma menggunakan nama Jabatan ini atau Hospital akan dikenakan tindakan tegas.

Untuk makluman, sekiranya orang awam, Pertubuhan atau Agensi ingin memberikan sumbangan atau derma berbentuk MAKANAN DAN MINUMAN, sila hubungi Helpdesk Hospital yang dikhaskan untuk tujuan ini seperti berikut :-👇

🏨HOSPITAL PULAU PINANG
Unit Perhubungan Awam
☎️04-2225333 (Samb. :- 5947/5116)

🏨HOSPITAL SEBERANG JAYA
Unit Perhubungan Awam
Puan Murni binti Mohammad
☎️04-3827429 / 04-3827333

🏨HOSPITAL BUKIT MERTAJAM
Melalui Setiausaha Pejabat Pengarah
Puan Norhayati binti Md. Noor
☎️04-5497333 (Samb. :- 301)

🏨HOSPITAL KEPALA BATAS
Unit Pentadbiran
Encik Zamri bin Che Lah
☎️04-5623384

🏨HOSPITAL BALIK PULAU
Unit Pentadbiran
Encik Mohd. Shukeri bin Md. Zain
☎️04-8669333 (Samb. :- 115)

🏨HOSPITAL SUNGAI BAKAP
Unit Pentadbiran
Puan Arle Norsima binti Sharudin
☎️04-5824333 (Samb. :- 134)

SUMBER:

Facebook Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI