Waspada Sebarang Tawaran Penggunaan Akaun Bank Anda

TULAR:
334

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF):

Akaun Keldai / Tumpang bermaksud individu yang membenarkan akaun bank mereka digunakan oleh orang lain untuk transaksi kewangan yang tidak sah atau menyalahi undang-undang.

MOF menasihati orang ramai untuk mengambil langkah-langkah keselamatan seperti berikut:

  1. JANGAN benarkan akaun bank anda digunakan oleh penjenayah kewangan/ pihak ketiga.
  2. JANGAN mudah percaya dengan tawaran wang bagi penggunaan akaun anda.
  3. JANGAN dedahkan maklumat perbankan peribadi/ nombor akaun/nombor PIN/ kata laluan kepada pihak ketiga.

Ingat! Elakkan diri anda daripada terpedaya. Bahaya menanti anda.

Artikel terdahulu 4 oktober 2023

SUMBER

Facebook Rasmi MOF

X Rasmi MOF

Instagram Rasmi MOF


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI