Waspada Sindiket Penipuan Menyamar Pegawai LHDNM

TULAR:
3881

Menurut kenyataan media Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM):

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan sindiket penipuan menyamar sebagai pegawai LHDNM yang kembali aktif sejak akhir-akhir ini.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan setiap panggilan, mesej, e-mel mahupun surat yang diterima daripada LHDNM yang meragukan dengan mengambil langkah-langkah berikut:

  1. Semak dengan LHDNM melalui panggilan ke Hasil Care Line, Customer Care Officer, Borang Maklum Balas LHDNM atau hadir ke cawangan LHDNM yang berdekatan;
  2. Jangan sesekali mendedahkan butiran diri dan perbankan;
  3. Jangan klik pada pautan yang diterima melalui e-mel yang meragukan;
  4. Pastikan bayaran tunggakan cukai dibuat hanya kepada LHDNM;
  5. Jangan muat turun sebarang aplikasi yang diminta oleh pemanggil yang tidak dikenali; dan
  6. Jangan membuat panggilan semula kepada nombor telefon yang tidak dikenali. Semak nombor telefon LHDNM di portal rasmi LHDNM.

LHDNM ingin menegaskan bahawa setiap pegawai LHDNM adalah terikat dengan peruntukan kerahsiaan maklumat percukaian di bawah Seksyen 138 Akta Cukai Pendapatan 1967 di mana setiap maklumat peribadi pembayar cukai tidak akan dihebahkan kepada pihak ketiga sewenang-wenangnya.

SUMBER:

Facebook Rasmi LHDN

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI