Waspada Sindiket Penipuan Menyamar Sebagai Kenalan Bagi Pemindahan Wang Melalui WhatsApp

TULAR:
93

Menurut kenyataan Jabatan Jenayah Komersil (JSJK PDRM):

Menyamar sebagai rakan/kenalan, seterusnya menghubungi mangsa melalui WhatsApps, Telegram, Facebook dan sebagainya untuk meminjam wang merupakan salah satu modus operandi yang digunakan oleh penjenayah untuk melakukan penipuan.

Berdasarkan siasatan, sindiket ini didapati melakukan penggodaman ke atas akaun Telegram / WhatsApps milik mangsa dan menghubungi senarai rakan mangsa yang diperolehi dari Telegram/ WhatsApps untuk meminjam wang. Pemilik sebenar akaun Telegram hanya menyedari perkara ini apabila akaun Telegram/ WhatsApps mereka tidak dapat diakses ataupun menerima panggilan dari kenalan mereka berkenaan kesahihan pinjaman wang yang ingin dibuat.

Sebagai langkah pencegahan, orang ramai adalah dinasihatkan untuk tidak mudah percaya kepada mesej pinjaman wang yang diterima dari kenalan terutama apabila akaun bank yang digunakan adalah milik individu lain. Apa pun alasan mereka, lakukan semakan dengan menghubungi kenalan tersebut bagi tujuan pengesahan. Sebarang nasihat atau maklumat lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi balai polis berhampiran atau mengemukakan pertanyaan kepada CCID infoline melalui talian 0132111222.

Berita terdahulu pada 5 Disember 2023

SUMBER:

Facebook Rasmi JSJK PDRM

Facebook Rasmi PDRM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI