Waspada Taktik Sindiket Penipuan Melalui Pautan Palsu Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024

TULAR:
360

Waspada terhadap taktik sindiket penipuan yang menghantar mesej berserta pautan permohonan Bantuan Tunai STR 2024 yang membawa kepada laman pancing (phishing site).

Taktik sindiket penipu akan memancing orang awam untuk mengisi maklumat dan perbankan peribadi bagi tujuan untuk permohonan bantuan Kerajaan.

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan tidak klik sebarang pautan yang meragukan, atau bukan dari sumber yang tidak pasti kesahihannya. Sila semak terlebih dahulu di portal atau laman sesawang rasmi sebelum membuat sebarang transaksi, bagi mengelakkan diri anda daripada menjadi mangsa penipuan.

Laman sesawang rasmi Sumbangan Bantuan Tunai (STR) adalah seperti di pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/ .


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI