Waspada Terhadap Pihak Yang Mengenakan Bayaran Bagi Khidmat Pengisian Borang Permohonan BPR

TULAR:
1290

Menurut kenyataan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM):

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ada menerima aduan berkenaan kewujudan pihak-pihak tertentu yang mengenakan bayaran bagi khidmat pengisian borang permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) yang diamanahkan untuk mengelola bantuan khas kerajaan ini, LHDNM ingin menegaskan bahawa permohonan BPR ini adalah percuma dan tiada sebarang bayaran yang akan dikenakan kepada setiap pemohon.

LHDNM juga tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk memberikan
khidmat pengisian borang BPR tersebut.

Setiap permohonan yang diterima sama ada secara dalam talian mahu pun
secara borang kertas akan disemak mengikut prosedur yang telah ditetapkan dan tiada keistimewaan tertentu yang akan diberikan.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan perkara ini boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:

a) Talian Hotline BPR LHDNM 1-800-88-2747;
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

SUMBER:

Facebook Rasmi LHDNM
Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI