Dakwaan Sekumpulan Remaja Dipaksa Meniarap Di Bahu Jalan Kerana Ingkar PKP Adalah Palsu

TULAR:
7307

SEBENARNYA:

Polis menafikan gambar tular memaparkan sekumpulan remaja lelaki meniarap di bahu jalan ialah mereka yang ditangkap kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kampung Batangan.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintenden Mohd Zain Mat Dris berkata, polis tidak pernah bertindak seperti itu ketika bertugas terutama sepanjang tempoh PKP.

Menurutnya, individu yang dikesan melanggar arahan PKP akan terus ditangkap jika masih berdegil selepas diberi nasihat dan peringatan.

“Sepanjang tempoh 10 hari PKP dilaksanakan, kami mendapati 97 peratus penduduk di Marang patuh dengan arahan dikeluarkan kerajaan.”

SUMBER:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI