Kejadian Samun Sekumpulan Perompak Di Felda Besout?

TULAR:
534
Gambar hiasan. Sumber: soscili.my

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya berlaku kejadian samun yang melibatkan sekumpulan perompak yang berpura-pura kenderaan rosak di jalan masuk ke Felda Besout.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Pihak Polis menafikan terdapat insiden samun melibatkan sekumpulan perompak yang berlakon kenderaan rosak di jalan masuk ke Felda Besout.

Ketua Polis Daerah Mualim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof memaklumkan, tidak menerima laporan daripada mana-mana individu berkenaan insiden berkenaan.

“Tiada laporan dan tiada kejadian berlaku.”

SUMBER:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI