Terdapat Kes Culik Di Taman Cahaya Pelangi, Johor?

TULAR:
666

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat satu kes cubaan culik kanak-kanak lelaki di Taman Cahaya Pelangi. Penculikan itu dikatakan dilakukan oleh sekumpulan empat orang lelaki bertopeng bersenjatakan parang dan menggunakan van putih.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Polis menafikan terdapat satu kes cubaan culik kanak-kanak lelaki di Taman Cahaya Pelangi oleh sekumpulan empat lelaki bertopeng bersenjatakan parang dan menggunakan van putih.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd. Abduh Ismail, berdasarkan keterangan yang diambil daripada beberapa kanak-kanak yang mendakwa kejadian tersebut mendapati tiada unsur-unsur berlakunya cubaan culik berkenaan.

Beliau berkata, “Menurut keterangan saksi-saksi ini, empat suspek tersebut dikatakan bersembunyi di kawasan semak pada jarak kira-kira 90 meter daripada mereka. Namun, tidak ada sebarang perbuatan jenayah oleh suspek ke atas kanak-kanak tersebut.

“Walau bagaimanapun, kami (polis) mengambil maklum kejadian ini dan akan menjalankan pemantauan dari masa ke semasa dan setakat ini dakwaan menculik tersebut tidak berlaku.”

Beliau juga menasihatkan orang ramai agar tidak menghebahkan dalam media sosial sementara kes ini dalam siasatan polis selain meminta orang awam menghubungi balai polis berhampiran jika mempunyai maklumat berkaitan kes ini.

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI