Komen Berbaur Perkauman Dari Akaun ‘Nazrul Nazari’ Adalah Isu 3 Tahun Lepas

TULAR:
655

Menurut kenyataan media Polis Diraja Malaysia (PDRM):

Pada 26 Disember 2022, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan penularan semula imej tangkap layar komen yang berbaur perkauman melalui pelbagai platform media sosial termasuk Facebook dan aplikasi WhatsApp. Komen provokasi tersebut telah dimuat naik pada bulan Ogos 2019, oleh pemilik akaun Facebook “Nazrul Nazari“.

Ekoran daripada itu, seorang lelaki Melayu berumur 33 tahun telah ditangkap pada 1 April 2022 dan didakwa di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan iaitu memberikan maklumat palsu kepada penjawat awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak menularkan semula komen berkenaan secara provokasi kerana perbuatan tersebut boleh menggugat ketenteraman serta keharmonian kaum di Malaysia.

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM
Twitter Rasmi PDRM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI