Waspada Panggilan Palsu Menggunakan Nama Kementerian Komunikasi Dan Digital

TULAR:
4336

Menurut kenyataan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD):

KKD menafikan membuat sebarang panggilan telefon kepada mana-mana pemilik nombor yang kononnya nombor telefon pemilik telah disenarai hitam atas perbuatan jenayah dan dikehendaki menghubungi pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

KKD menyarankan agar orang ramai berwaspada dengan panggilan telefon palsu daripada individu dengan modus operandi yang menggunapakai nama KKD bagi tujuan tersebut.

Masyarakat turut dinasihatkan agar sentiasa membuat semakan kesahihan sebelum memberi maklumat lanjut serta melaporkan kepada polis atau merujuk CCID Scam Response Centre di talian 03-26101559, 03-26101599 atau 997 (National Response Scam Centre – NSRC) dalam masa 24 jam sekiranya disyaki menjurus kepada penipuan.

SUMBER:

Facebook Rasmi KKD


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI