
Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN):
KDN terus mempergiat penguatkuasaan bagi mengekang ketirisan barangan bersubsidi susulan impak krisis tenaga global.
Sehingga 16 April 2026, Op Tiris merekodkan:
- RM865,186.20 nilai rampasan
- 8 kes dikesan
- 5 tangkapan
- Operasi di 6 lokasi strategik seluruh negara
Rampasan melibatkan barangan kawalan utama seperti diesel, petrol, minyak masak dan gula, yang menjadi fokus bagi memastikan bekalan negara kekal stabil dan sampai kepada rakyat.
Pendekatan bersepadu ini selari dengan usaha Kerajaan dalam memperkukuh keselamatan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
SUMBER:






