
Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN):
KDN terus mempergiat operasi penguatkuasaan secara bersepadu dalam menangani impak krisis tenaga global yang memberi tekanan kepada rantaian bekalan dan keselamatan ekonomi negara.
Bagi tempoh 12 hingga 16 April 2026, tindakan tegas oleh agensi penguatkuasaan telah mencatatkan:
- RM11.05 juta jumlah keseluruhan nilai rampasan
- 40 individu berjaya ditahan
- 18 kes diesel (RM10.41 juta)
- 9 kes petrol (RM413,209.40)
- 5 kes LPG/minyak masak (RM153,628.00)
Selain itu, tindakan oleh APMM turut merampas aset logistik termasuk 30 tong gas, bot kargo dan enjin sangkut di perairan Tawau.
Pendekatan ini membuktikan komitmen KDN dalam memastikan ketirisan sumber tenaga dibendung secara menyeluruh melalui kerjasama strategik antara agensi seperti PDRM dan APMM.
KDN akan terus memperkukuh kesiapsiagaan dan kecekapan operasi demi memastikan kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara sentiasa terpelihara.
SUMBER:






