Makluman: Gangguan Bekalan Air di Beberapa Kawasan Pulau Pinang pada 12 hingga 15 Ogos 2026

TULAR:
3

Menurut Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP):

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP) memaklumkan mengenai beberapa gangguan bekalan air, termasuk gangguan luar jangka dan gangguan berjadual, yang melibatkan beberapa kawasan di Pulau Pinang pada 12 hingga 15 Ogos 2026.

Berikut merupakan maklumat gangguan bekalan air yang dimaklumkan oleh PBAPP:

1. Gangguan Bekalan Air Luar Jangka – 12 Ogos 2026

Gangguan berlaku susulan kerja-kerja pembaikan paip 300mm di berhampiran Sekolah Kebangsaan, Jalan Dato Ismail Hashim.

Tempoh gangguan:

  • 11.05 malam, 12 Ogos 2026 hingga 2.05 pagi, 13 Ogos 2026
  • Anggaran tempoh: 3 jam

Kawasan terjejas:

  • Seluruh kawasan Lintang Kampung Masjid Bayan Lepas
  • Jalan Dato Ismail Hashim
  • Kampung Bukit Bayan Lepas

2. Gangguan Bekalan Air Luar Jangka – 13 Ogos 2026

Gangguan seterusnya melibatkan kerja-kerja simulasi injap di Jalan Pantai Miami.

Tempoh gangguan:

  • 12.20 pagi hingga 2.20 pagi, 13 Ogos 2026
  • Anggaran tempoh: 2 jam

Kawasan terjejas:

  • Jalan Pantai Miami
  • Jalan Puncak Ria
  • Tingkat Pantai Miami

3. Gangguan Bekalan Air Berjadual – 14 hingga 15 Ogos 2026

PBAPP turut memaklumkan gangguan bekalan air berjadual susulan kerja-kerja penyambungan akhir paip lencongan 600mm x 450mm di Jalan Bukit Minyak, Permatang Tinggi, Seberang Perai Tengah (SPT).

Tempoh gangguan:

  • 10.00 malam, 14 Ogos 2026 hingga 5.00 pagi, 15 Ogos 2026

Jumlah akaun terjejas:

  • 4,446 akaun

Jenis gangguan:

  • Tiada air
  • Kualiti air terjejas – berwarna

Kawasan terlibat di Seberang Perai Tengah:

  1. Taman Juru Jaya
  2. Taman Industri Asas Jaya
  3. Taman Industri Teguh
  4. Taman Bina Jaya
  5. Taman Perwira Indah
  6. Taman Perwira
  7. Taman Amra
  8. Kampung Tongkang
  9. Perkampungan Permatang Tinggi
  10. Taman Permatang Tinggi Indah
  11. Taman Markisah
  12. Taman Suku
  13. Kampung Tok Subuh

PBAPP menasihatkan pengguna yang terjejas supaya menyimpan bekalan air yang mencukupi untuk kegunaan sepanjang tempoh gangguan bekalan air.

SUMBER:

Gangguan Bekalan Air 1: Facebook Rasmi PBAPP

Gangguan Bekalan Air 2: Facebook Rasmi PBAPP

Gangguan Bekalan Air 3: Facebook Rasmi PBAPP


    MAINKAN PERANAN ANDA!
    Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
    Salurkan Kepada Kami

    TIDAK PASTI JANGAN KONGSI