
Menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF):
Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, telah menyempurnakan Karnival Hari Keluarga Kita bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Zon Selatan yang berlangsung di X-Park, Kluang, Johor.
Program ini menghimpunkan lebih 2,600 anggota tentera dan ahli keluarga serta dianjurkan oleh 5 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dengan penyelarasan oleh Sel Latih 7 Briged, melibatkan Kem Mahkota dan Kem Batu Tiga.
Penganjuran karnival di kawasan awam bertujuan mengeratkan hubungan antara ATM dan masyarakat, di samping menyokong pelaksanaan Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026–2030, khususnya dalam memperkukuh kesejahteraan warga pertahanan dan kerjasama awam-tentera (CIMIC).
Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang karnival, termasuk sukan moden seperti futsal dan badminton serta permainan tradisional seperti galah panjang dan sepak bulu ayam bagi memupuk semangat kekitaan dan menghargai warisan budaya.
Selain memberi tumpuan kepada kebajikan warga ATM dan keluarga, program ini turut membuka peluang kepada masyarakat untuk lebih memahami peranan Angkatan Tentera Malaysia dalam memelihara keamanan, keselamatan dan kedaulatan negara.
Turut hadir ialah Ketua Staf Am Markas Panglima Medan Barat Tentera Darat, Mejar Jeneral Dato’ Norsham Md Tap; Panglima 7 Briged, Brigedier Jeneral Dato’ Zulhelmi Masdar; dan Ketua Jurutera Markas Tentera Darat, Brigedier Jeneral Ts. Sharuddin Mohd Noh.
SUMBER:






