MCMC Nafi Keluarkan E-Mel Atau Mesej Tawaran Bantuan Pemindahan Wang Hadiah Kemenangan Daripada TM

TULAR:
376

Menurut kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC):

MCMC ingin menegaskan, Pengerusi MCMC tidak pernah menghantar sebarang e-mel kepada orang awam berhubung tawaran bantuan untuk memindahkan hadiah kemenangan berupa wang tunai sebanyak RM270,000 daripada Syarikat Telekom Malaysia kepada akaun bank individu penerima e-mel tersebut.

Sehubungan itu, orang awam diingatkan untuk sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan e-mel yang tidak ditentukan kesahihannya. Elakkan daripada memberikan butiran peribadi seperti maklumat perbankan Internet dan maklumat kad pengenalan kepada individu yang tidak dikenali.

Pada masa yang sama, orang awam digesa untuk segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 sekiranya mereka telah membuat transaksi perbankan kepada mana-mana akaun yang dikatakan untuk tujuan yuran pemprosesan sebelum hadiah kemenangan tersebut boleh dituntut.

Berita Terdahulu (2020)

SUMBER:

Facebook Rasmi MCMC
Twitter Rasmi MCMC
Instagram Rasmi MCMC


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI