Penjelasan Berkenaan Ralat Teknikal Paparan Had Bulanan BUDI95

TULAR:
7

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF):

MOF ingin menjelaskan bahawa semasa penyelenggaraan sistem BUDI95 pada jam 11.00 malam, 31 Mei 2026, sebahagian pengguna mungkin telah melihat paparan had bulanan menjadi 150 liter.

Ingin dijelaskan bahawa paparan tersebut adalah disebabkan oleh ralat teknikal sistem yang telah dikenal pasti dan diperbetulkan.

Kementerian Kewangan ingin menegaskan bahawa kuota bulanan BUDI95 KEKAL sebanyak 200 liter sebulan bagi pengguna yang layak, termasuk untuk bulan Jun 2026.

Justeru, ingin ditegaskan TIADA sebarang perubahan telah dibuat terhadap had bulanan BUDI95.

Kementerian Kewangan akan terus memastikan pelaksanaan BUDI95 berjalan lancar, telus dan teratur demi melindungi kepentingan rakyat serta memastikan bantuan subsidi bersasar sampai kepada golongan yang layak.

Segala kekeliruan berkenaan Ralat ini amat dikesali.

SUMBER:

Facebook Rasmi MOF


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI