Penjelasan Dakwaan Kes Samun Menggunakan Pisau Yang Disembunyikan Di Sebalik Kad Nama

TULAR:
3676

Menurut kenyataan media Polis Diraja Malaysia (PDRM):

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan satu (1) sebaran maklumat melalui laman sosial dan aplikasi Whatsapp yang mendakwa terdapat individu yang mengetuk cermin pintu kereta sambil menghulurkan sekeping kad untuk bertanyakan arah. Pada masa yang sama terdapat mata pisau (blade) di belakang kad tersebut digunakan untuk mencederakan mangsa sebelum melakukan samun. Turut ditularkan dua (2) keping gambar individu cedera yang didakwa mangsa dalam kejadian samun berkenaan.

Hasil semakan mendapati, sebaran maklumat tersebut telah mula tular pada tahun 2014 dan ditularkan semula akhir-akhir ini oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab. PDRM mengesahkan tiada sebarang laporan polis berkaitan kejadian samun yang menggunakan modus operandi sedemikian. Wanita yang cedera adalah mangsa samun dalam kejadian yang berlainan. Manakala lelaki yang cedera pada bahagian muka adalah mangsa pergaduhan di sebuah pusat hiburan di luar negara.

Orang ramai dinasihat untuk tidak mudah percaya dengan berita-berita yang tidak berasas dan tidak ditentukan kesahihannya. Tindakan berkongsi atau menyebar berita-berita sedemikian akan menimbulkan keresahan dan kebimbangan masyarakat.

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM
Berita Harian
Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI