Tiada Kejadian Pecah Rumah Dan Samun Bersenjatakan Parang Di Kawasan Kamunting Dan Taiping

TULAR:
437

SEBENARNYA:

Menurut Siaran Media Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Taiping:

Polis Daerah Taiping telah mengesan satu mesej tular di media sosial melalui WhatsApp dan Facebook dengan menyatakan bahawa telah berlaku kejadian pecah rumah dan samun di daerah Taiping melibatkan dua suspek lelaki menaiki motosikal bersenjatakan parang atau pedang samurai.

Hasil semakan dan siasatan yag dilakukan, pihak polis daerah Taiping mendapati bahawa tiada kejadian samun dan pecah rumah seperti mana yang ditularkan tersebut dan mesej yang ditularkan tersebut adalah disahkan tidak benar.

SUMBER:

Facebook Rasmi Polis Daerah Taiping


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI