Waspada Tinjau Selidik Kononnya Sempena Sambutan Ulang Tahun Petronas Yang Ke-50

TULAR:
4052

Menurut kenyataan PETRONAS:

Pihak PETRONAS sedia maklum berhubung ‘tinjau selidik’ berunsur penipuan secara dalam talian (scam online ‘survey’) yang kononnya dikaitkan dengan sambutan ulang tahun PETRONAS yang ke-50.

PETRONAS ingin memaklumkan bahawa pihak PETRONAS serta kesemua anak syarikat kumpulannya tidak mempunyai kaitan dengan ‘tinjau selidik’ tersebut dan orang ramai diseru agar tidak mudah terpedaya.

SUMBER:

Facebook Rasmi PETRONAS

Twitter Rasmi PETRONAS


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI