Waspada Iklan Perkhidmatan Lesen Memandu Percuma Yang Menyalahgunakan Nama dan Logo JPJ

TULAR:
444

Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ):

JPJ mendapati terdapat beberapa akaun media sosial yang mengiklankan permohonan lesen memandu secara percuma dan tidak mengikut syarat-syarat ditetapkan serta tidak sah di sisi undang-undang.

Orang ramai diingatkan agar tidak terpedaya, tidak berkongsi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih, serta tidak melibatkan diri dengan mana-mana urusan pemilikan lesen memandu yang meragukan.

Permohonan lesen memandu secara sah boleh menghubungi Institut Memandu (IM) berhampiran yang diiktiraf oleh JPJ. Pastikan urusan pemilikan lesen memandu anda sah dan berdaftar.

SUMBER:

Facebook Rasmi JPJ

Instagram Rasmi JPJ


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI