Waspada Panggilan Palsu Yang Mendakwa Dari EAIC Meminta Bayaran Wang Tunai

TULAR:
710

Menurut kenyataan media Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC):

EAIC menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak terpedaya sekiranya menerima panggilan telefon yang mendakwa pihak EAIC meminta sejumlah bayaran wang tunai bagi tujuan tertentu.

Ini adalah susulan beberapa aduan yang diterima oleh EAIC daripada mangsa yang telah menerima panggilan palsu berkenaan sejak kebelakangan ini.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang menerima panggilan meragukan ini dinasihatkan agar berhati-hati dan mendapatkan pengesahan daripada pihak EAIC menerusi talian dan alamat yang dipaparkan di portal rasmi www.eaic.gov.my .

SUMBER:

Laman Rasmi EAIC

Facebook Rasmi EAIC


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI