Waspada Surat Palsu Yang Menggunakan Kepala Surat MCMC Pulau Pinang

TULAR:
808

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC):

MCMC ingin memaklumkan, pihaknya telah menerima maklumat bahawa sepucuk surat menggunakan kepala surat MCMC Pulau Pinang berhubung maklum balas atas khidmat sokongan pengguna mengenai laman sesawang yang mengalami sekatan akses, telah disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Bagaimanapun, ingin ditegaskan bahawa surat berkenaan adalah palsu dan pihak MCMC tidak pernah mengeluarkan surat sedemikian kepada orang ramai.

Oleh itu, orang ramai adalah diingatkan untuk sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan tindakan oleh pihak tertentu yang menyebarkan surat, e-mel mahupun mesej yang tidak ditentukan kesahihannya. Pada masa yang sama, elak daripada membalas mesej serta klik pada pautan dalam surat berkenaan.

SUMBER:

Facebook Rasmi MCMC


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI