Waspada Sindiket Penipuan Lesen Memandu Tidak Sah Melalui Platform Media Sosial

TULAR:
517

Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ):

JPJ Malaysia telah mengesan akaun media sosial di laman Facebook, Telegram dan lain-lain mengenai sindiket penipuan (scammer) yang menjanjikan pengeluaran lesen memandu secara murah dan mudah tetapi tidak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan serta tidak sah disisi undang-undang.

Pemantauan JPJ mendapati bahawa, terdapat beberapa modus operandi yang digunakan oleh sindiket ini menggunakan platform media sosial untuk mempromosikan iklan dengan menggunakan pelbagai kaedah pujukan termasuk memaparkan gambar lesen memandu JPJ bagi menarik dan memikat orang ramai mendapatkan lesen tanpa ujian dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat, murah, mudah dan sukar dikesan pihak berkuasa.

Dimaklumkan bahawa lesen memandu yang dikeluarkan secara sah hendaklah mengikut tatacara dan prosedur latihan dan ujian memandu kompeten yang ditetapkan. Dalam hal ini, JPJ ingin mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dengan sindiket penipuan pengeluaran lesen memandu secara tidak sah sebegini, yang menggunakan pelbagai kaedah serta teknikal komunikasi yang berbeza bagi mempengaruhi pemikiran orang ramai.

SUMBER:

Facebook Rasmi JPJ


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI