Waspada Pihak Yang Menyamar Sebagai Pegawai NSRC Melalui Panggilan Telefon Atau Kenyataan Bagi Membantu Siasatan

TULAR:
467

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF):

Pusat Respons Scam Kebangsaan (National Scam Response Centre, NSRC) ingin mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan kenyataan atau panggilan telefon dari mana-mana orang yang mengaku sebagai Pegawai NSRC bagi membantu siasatan berkenaan sebarang kes jenayah penipuan kewangan.

Pihak NSRC tidak akan menghubungi orang awam berkaitan siasatan. Pihak NSRC juga telah mengesan beberapa cubaan menggunakan nama NSRC untuk memperdaya orang ramai di dalam kes jenayah
penipuan.

NSRC tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terlibat dengan penyalahgunaan nama NSRC.

Hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997 dengan segera sekiranya anda menjadi mangsa scam agar tindakan dapat diambil oleh pihak berkuasa.

Berita Terdahulu

SUMBER:

Facebook Rasmi MOF

Twitter Rasmi MOF


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI