Klip Video Dera Anak Berkait Dengan Penculikan Tiga Orang Kanak-Kanak Di Terengganu?

TULAR:
655
Sumber gambar : PDRM

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan sebuah klip video kanak-kanak didera yang kononnya berkaitan dengan kes penculikan tiga (3) orang anak yang berlaku di Terengganu.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Terengganu menafikan kejadian penculikan 3 orang anak yang berlaku di negeri Terengganu sebagaimana yang ditular di media sosial dan aplikasi ‘whatsApp’. Kes tersebut adalah berpunca daripada perselisihan faham antara suami dan isteri dan menyebabkan isterinya telah membawa 3 orang anaknya keluar dari rumah dan laporan polis telah dibuat oleh suaminya di Balai Polis Chabang Tiga pada 17/9/2018.

Video yang berdurasi selama 1.07 minit itu telah menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki yang dipaksa oleh seorang lelaki yang dipercayai warga Indonesia untuk memanggil ibunya.

Pihak polis memandang serius tindakan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab menular berita kononnya video tersebut ada kaitan dengan kes tersebut. Pihak polis menafikan ada berlakunya kes seperti itu di negeri ini dan tiada laporan polis diterima setakat ini mengenai kejadian cubaan culik kanak-kanak.

Pihak polis telah memanggil suami kepada isteri yang melarikan 3 orang anaknya dan telah disahkan oleh pihaknya bahawa video tersebut adalah bukan anaknya.

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM Terengganu


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI